Wednesday, 13 September 2017

KELEBIHAN SIM KAD TONEPLUS(Pendapatan pasif seumur hidup)

Tone Plus
Image result for tone plus

Jika anda seorang (cari/taja) 1000 orang,anda hanya berikan 2 orang sahaja seorang seumur hidup kepada upline.tak akan lebih daaripada 2 orang.dan anda akan dapat 13%daripada 1000 orang tersebut walaupun tinggal 998 orang saja.setiap seorang downline anda akan memberikan anda 
998 didarab 2 orang.1996 orang(setiap seorang memberi kita dua orang dan tidak lebih).total anda cari 1000 pada mulanya,selepas tolak dua orang anda dapat 998 +1996=2998 orang untuk di bayar13% bukan untuk 2996 (termasuk 2 orang yang anda berikan kepada upline).2996 darab 13%darab jumlah top up mereka.


Monday, 11 September 2017

Peristiwa Penting Hari Ini Dalam Sejarah Dunia (11 September)

Tanggal 11 September merupakan hari ke 254 (hari ke 255 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory dengan tinggal 115 hari lagi sebelum memasuki tahun selepasnya.

911

Hari ini juga merupakan sambutan Tahun Baru mengikut kalendar Koptik dan Habsyah, Hari Kebangsaan Catalonia, Hari Guru di sebahagian wilayah Latin Amerika dan Hari Patriot di Amerika Syarikat (2001).

Peristiwa

1297 – Perang Kemerdekaan Scotland Pertama: Orang Scotland pimpinan Andrew Moray dan William Wallace mengalahkan tentera Inggeris dalam Pertempuran Jambatan Stirling di Sungai Forth.

1857 – Militia Mormon memimpin pembunuhan beramai-ramai sekitar 120 orang peneroka yang dalam perjalanan ke California.

1893 – Pada hari pembukaan Parlimen Agama Dunia pertama di Chicago, Swami Vivekananda memperkenalkan Hinduisme ke A.S.

1922 – Mandat British Palestin bermula.

1945 – Sebuah kem tumpuan tentera Jepun di Batu Lintang, Sarawak, Borneo dibebaskan tentera Australia, menyelamatkan lebih 2,000 tawanan perang tentera Berikat dan tahanan awam.

1961 – Pertubuhan pemuliharaan bebas terbesar di dunia Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) diasaskan di Morges, Switzerland.

1973 – Jeneral Augusto Pinochet mengetuai satu rampasan kuasa di Chile yang menumbangkan kerajaan pimpinan Presiden Salvador Allende.

1977 - Konsol permainan video dari Atari, Atari 2600 dilancarkan dan merupakan konsol pertama Atari yang dijual di Jepun.

1998 – Sukan Komanwel pertama di Asia, SUKOM '98 dirasmikan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

2001 – Serangan 11 September: Tiga buah kapal terbang penumpang dirampas dan digunakan untuk merempuh World Trade Center di Bandar Raya New York dan Pentagon di Washington, D.C., manakala kapal terbang ke-4 terhempas di Pennsylvania. Secara keseluruhannya, hampir 3,000 orang terkorban.

2005 – Israel secara rasminya mengisytiharkan berakhirnya pentadbiran ketenteraan di Genting Gaza, Palestin, setelah menduduki kawasan tersebut selama 38 tahun.

2007 – Paip gas milik syarikat Pemex di Mexico diletupkan oleh tentera Zapatista (EZLN).

2008 – Presiden Zimbabwe Robert Mugabe dan ketua pembangkang Morgan Tsvangirai mencapai satu persetujuan perkongsian kuasa.

2009 – Bekas Presiden Republik China di Taiwan Chen Shui-bian (gambar) dihukum penjara seumur hidup kerana rasuah.

2010 – Pastor Terry Jones daripada gereja Dove World Outreach Center, Amerika Syarikat membatalkan upacara membakar al-Quran setelah mendapat tentangan masyarakat Islam sedunia.

Thursday, 7 September 2017

Dompet Paling Bijak Di Dunia

Kehilangan beg duit atau dompet merupakan salah satu perkara yang boleh membuatkan kita berasa sudah hati dan tidak senang duduk.

Volterman Smart Wallet

Pernahkah anda berharap jika cara mencari dompet yang hilang boleh dipermudahkan? Tidak perlu berasa cemas dan tidak memenatkan?

Menurut portal berita Oddity Central (OC), sebuah syarikat di Armenia, Volterman telah mereka cipta cara yang mudah untuk mencari dompet yang hilang.

Mereka mencipta sebuah dompet bijak yang mempunyai 5 ciri istimewa dan sekali gus bakal menjadikan dompet tersebut sebagai paling selamat di dunia.

Lima ciri yang terdapat di dompet tersebut ialah:

1. Mempunyai GPS

Sistem pengesan GPS yang terdapat dalam dompet Volterman membolehkan anda mengenal pasti lokasi dompet anda tanpa perlu bersusah payah.

Jadi jika dompet anda tertinggal di suatu tempat dan anda tidak mengingatinya, anda hanya perlu memasuki app Volterman dan mengesan lokasi dompet anda.

2. Kamera

Ciri kedua yang terdapat pada dompet tersebut ialan, kamera. Apabila anda meletakkan status dompet anda sebagai hilang di app Volterman, kamera itu akan diaktifkan untuk mengambil gambar sejurus selepas dompet itu dibuka.

Gambar-gambar itu akan disimpan terus dalam app dan anda akan dapat mengesan siapa yang membuka dompet anda.

“Jika sesiapa yang berani membuka dompet anda tanpa anda mengetahui rahsia dompet anda, kamera kecil itu akan mula memetik dan mengirimkan kepada telefon bimbit anda melalui sambungan Internet,” kata pengasas Volterman, Azat Tovmasyan kepada OC.

“Kami mencipta dompet yang tidak akan hilang. Jika ia hilang, anda pasti mendapatkannya semula apabila gambar si pencuri itu dikirimkan kepada anda,” katanya lagi.

3. Pengecas mudah alih atau ‘power bank’

Dompet Volterman juga boleh digunakan sebagai power bank! Direka khas dengan kuasa antara 2,000mAh hingga 5,000mAh, ia cukup untuk anda mengecas penuh smartphone anda.

4. Sistem amaran

Jika anda sering tertinggal telefon bimbit atau dompet anda, ciri yang ini pasti merubah hidup anda. Jika anda memilih untuk memadankan (sync) dompet itu kepada telefon bimbit anda melalui app Volterman, ia akan dilengkapi dengan sistem amaran.

Maknanya, jika dompet anda berada jauh melebihi 10-15 meter dari telefon bimbit, sistem amaran akan diaktifkan dan dikirmkan kepada anda.

Yang menariknya, perkara yang sama boleh dilakukan jika telefon bimbit anda yang dipisahkan! Dompet anda akan diaktifkan untuk memberi amaran kepada anda.

5. Wi-Fi hotspot

Anda perlu menggunakan Internet tetapi tiada Wi-Fi atau tidak mahu menggunakan data internet sendiri?

Jangan risau, laporan OC menyatakan dompet Volterman itu juga dilengkapi dengan ciri Wi-Fi hotspot.

Ia menambah syarikat berkenaan mendakwa harga untuk menggunakan Wi-Fi itu dua kali lebih murah berbanding sebarang penyedia Internet di merata dunia!

Menurut Azat, idea mencipta dompet ini tercetus apabila anak perempuannya tidak sengaja meletakkan dompetnya di dapur dan dia mengambil lebih sebulan untuk membuat semula semua dokumen penting seperti kad pengenalan, kad ATM yang disimpan dalam dompetnya.

Monday, 10 July 2017

Cara Lembutkan Daging Dan Ayam Beku Dalam Masa 5 Minit

Memang agak melecehkan apabila terpaksa menunggu daging yang kita bekukan dalam peti sejuk menjadi lembut sebelum dimasak. 

Cara+lembutkan+daging+beku

Biasanya, daging direndam dalam air untuk dilembutkan namun ia mengambil masa yang lama (kira-kira sejam) untuk menjadi lembut. 

Antara cara paling cepat dan mudah ialah dengan memasukkan daging ke dalam microwave namun kebiasannya kesegaran daging akan sedikit “lari” dan kemungkinan juga masakan anda akan menjadi overcooked.

Apa kata anda cuba petua dibawah. Peralatan yang anda perlukan adalah dua periuk jenis steel.

1. Terbalikkan periuk pertama.

2. Letakkan daging yang ingin dilembutkan atas permukaan belakang (bahagian punggung) periuk tadi.

3. Letakkan periuk yang satu lagi di atas daging tadi. (Kedudukan daging diapit oleh dua periuk)

4. Isikan air ke dalam periuk tersebut.

5. Tunggu sehingga daging beku tersebut menjadi lembut. Masa yang diambil bergantung kepada ketebalan daging. (Biasanya 5-10 minit)

Secara fizik, logam khususnya aluminium adalah konduktor haba yang baik dan haba yang dihasilkan melalui proses ini sudah cukup kuat untuk melembutkan daging.

Cara+lembutkan+daging+beku

Tekanan dari air juga menekan logam di atas daging sekaligus meningkatkan kawasan permukaannya supaya ia boleh menyalurkan lebih banyak haba dari yang mempercepatkan daging menjadi lembut.

Jadi proses memasak anda akan menjadi lebih cepat selepas ini.

Tak perlu gusar lagi kalau anda terlupa untuk merendam daging lebih awal ataupun membatalkan niat anda untuk memasak gara-gara perlu menunggu lama. Selamat mencuba!

Sunday, 9 July 2017

Fidget Hand Spinner’ Paling Mahal Di Dunia Berharga RM72,000

Meskipun ia hanya satu permainan untuk kanak-kanak, inilah Fidget Hand Spinnerpaling mahal di dunia yang dijual pada harga RM72,000.

Caviar

Spinner ini dihasilkan oleh sebuah syarikat barang kemas mewah di Rusia, Caviar, yang diperbuat daripada emas terbaik dan edisi terhad.

Spinner emas ini dikatakan dapat menghilangkan tekanan.

Spinner emas ini yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi dipercayai yang termahal di dunia.

Satu lagi pilihan ialah spinner yang diperbuat daripada besi dan dihiasi dengan tengkorak. Syarikat berkenaan sebelum ini pernah menjual iPhone bertemakan Vladimir Putin dan edisi khas Donald Trump.

Caviar, juga pernah menghasilkan jam edisi khas bagi meraikan hari jadi Putin, berikrar untuk mendermakan sebahagian keuntungan hasil jualan spinner itu kepada badan kebajikan.


Thursday, 6 July 2017

PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT

Banjir kilat adalah banjir yang berlaku dengan serta-merta atau dengan tidak disangka-sangka. Banjir kilat adalah antara bencana alam yang kerap berlaku di Negara kita dan boleh mendatangkan beberapa kesan buruk terhadap semua hidupan sehingga boleh membawa kematian dan kemusnahan harta benda.
Banjir kilat berlaku disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah akibat hujan berterusan. Hujan yang berterusan tanpa henti-henti selama beberapa jam akan menyebabkan banjir berlaku. Di kawasan-kawasan rendah, air hujan akan dialirkan ke sungai. Air yang memenuhi sungai akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawsaan tanah rendah dipenuhi air.
Hutan yang berperanan untuk menyerap air hujan juga semakin berkuranagan.Hal ini berlaku disebabkan penebangan hutan secara berleluasa dan tidak terancang.. Hal ini menyebabakan air hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Apabila sungai tidak dapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak, maka berlakulah banjir kilat.
Masalah banjir kilat yang sering melanda Bandar pula adalah disebabkan kekurangan sistem perparitan yang sempurna. Parit yang dibina terlau kecil dan cetek serta sering tersumbat.Hal ini kerana sikap manusia yang sering membuang sampah merata-rata seperti dalam longkang  Apabila berlaku hujan lebat, parit tersebut tidak dapat menampung sejumlah air yang banyak. Maka air melimpah keluar dari parit menyebabkan banjir kilat berlaku.
Hujan dan banjir merupakan fenomena alam yang berlaku secra semula jadi dan membawa rahmat kepada manusia, tetapi jika kita tidak mengambil langkah-langkah untuk memelihara kelangsungan alam serta tidak melakukan aktiviti pembangunan dengan terancang, maka masalah banjir kilat akan berterusan.

Sunday, 2 July 2017

Minuman Fanta Halal Dan Tiada Lemak Babi

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan bahawa minuman berkarbonat jenama Fanta adalah halal selepas sebuah poster yang mendakwa sebaliknya menjadi viral (tular).


Fanta Halal

Jakim melalui laman Facebook rasmi Bahagian Hab Halal menegaskan bahawa sehinggi kini, minuman bergas itu adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah.

Kenyataan itu dikeluarkan pada 1 Jun 2017 dan menurut badan agama tersebut, ia bukan merupakan perkara baharu dan pernah diviralkan dua tahun lalu.

“Untuk makluman, jawapan kepada isu ini pernah dijawab oleh Bahagian Hab Halal JAKIM pada 12 Oktober 2016 dan 28 Disember 2015.

“Justeru, bersama kita sebarkan info ini agar dapat menyelamatkan ummah dari terjebak dengan salah faham dan fitnah berangkai,” tulis Jakim.

Dalam poster berkenaan, ia mendakwa air minuman itu mengandungi karsinogenik (E211 dan E224) dan lemak babi.

Poster itu turut menyatakan bahawa perkara itu diperoleh daripada seorang sarjana Islam Sri Lanka, Mufti Mohammed Ibrahim Mohammed Rizwe atau Rizwi Mufti.

Malah, poster itu juga meminta orang ramai supaya tidak memadamnya sebaliknya 

Tahukah Anda Asal Usul Nama Bulan Julai?

Bulan ke-7, Julai (Quintilis, Julius), dalam kalendar Julian dan Gregory, pada era Roman, ia jatuh pada bulan ke-5 dan disebut sebagai Quintilis dalam bahasa Latin sebelum ditukar pada era Decemvris 450 sebelum masihi. 
July

Kemudian, ia ditukar oleh maharaja Augustus menjadi ‘July’ sebagai tanda peringatan untuk Julius Caesar yang lahir pada bulan ketujuh. 

Ironinya, ketika nama bulan tersebut mula digunakan, pada tahun itulah (44 SM) Julius Caesar dibunuh. 

Dalam bahasa Inggeris, nama bulan ini pada mulanya disebut Julie, kemudian berubah menjadi July


Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Lagenda Mahsuri bukanlah asing dalam pengetahuan masyarakat di Malaysia kerana kisah wanita berdarah putih itu sering didendangkan sejak dari zaman kanak-kanak sehingga dewasa.

Lagenda
Kisah Puteri Lindungan Bulan pernah dipentaskan di Thailand.

Namun, tidak ramai yang tahu terdapat satu lagi cerita lagenda mengenai seorang wanita yang turut dikatakan memiliki darah putih.

Disebut sebagai Puteri Lindungan Bulan, lagenda puteri berketurunan raja ini memiliki keunikan kisahnya yang tersendiri.

Terletak di atas bukit kecil di Kampung Siputeh, Jitra, makam bersaiz besar daripada biasa ini didakwa milik Puteri Lindungan Bulan.

Peliknya, terdapat empat pasang batu nisan yang berada di atas kubur berkenaan. Jumlah tersebut menunjukkan petak makam itu menyimpan dua jasad.

Dipercayai, makam tersebut bukan hanya menyimpan jasad Puteri Lindungan Bulan, bahkan juga jasad ayahandanya, Sultan Sulaiman Syah.

Penduduk kampung percaya pemilikan makam tersebut, walaupun sehingga kini tidak dapat dipastikan kebenaran mengenai pemilik sebenar dua kubur dalam satu makam berkenaan.

Asal-usul Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Lagenda kisah Puteri Lindungan Bulan berasal daripada cerita lisan yang berkembang di sekitar Kota Siputeh.

Puteri Lindungan Bulan mengisahkan tentang seorang puteri keturunan raja, anakanda Sultan Sulaiman Syah.

Sultan Kedah ini memiliki dua orang puteri bernama Puteri Zaleha (Puteri Lindungan Bulan) dan Puteri Mariam.

Diantara keduanya, Puteri Zaleha dikatakan memiliki darah berwarna putih, manakala darah Puteri Mariam berwarna merah seperti individu lain.

Keistimewaan tersebut menjadikan Puteri Zaleha berbeza dengan Puteri Mariam kerana darah putih yang dimilikinya menyebabkan dia kelihatan unik dan namanya sentiasa menjadi sebutan.

Walaupun agak berbeza, kedua-dua puteri itu sama jelita rupa parasnya, memiliki perwatakan sopan dan lemah-lembut.

Meskipun begitu, kecantikan Puteri Zaleha dikatakan lebih menawan. Kasih sayang Sultan Sulaiman Syah juga lebih tertumpah kepada Puteri Zaleha.

Bahkan, hubungan di antara keduanya begitu rapat sehingga tidak boleh berjauhan apatah lagi untuk berpisah, ibarat kata pepatah, 'Bagai menatang minyak yang penuh'.

Kisah Lagenda Tersebar

Berita tentang puteri berdarah putih ini mula tersebar luas sehingga ke negeri Acheh, telah menarik minat baginda Raja Acheh untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Ketika itu, Raja Acheh turut mempunyai seorang anak lelaki bernama Putera Mahkota. Jadi, baginda berkenan untuk mengambil Puteri Zaleha menjadi menantu.

Raja Acheh pun menghantar rombongan untuk meminang puteri Sultan Sulaiman Syah, diketuai oleh adindanya Tengku Panglima Sasa, yang diketahui mempunyai perwatakan panas baran.

Sebelum berangkat ke Kedah, Tengku Panglima Sasa telah menyatakan bahawa, sekiranya keluarga diraja Kedah menolak peminangan mereka, dia tidak akan teragak-agak untuk menyerang negeri berkenaan.

Perkara itu yang telah diketahui oleh bendahara istana kemudiannya menyampaikan berita tersebut kepada Sultan Sulaiman Syah.

Sultan yang berasa terkejut dan khuatir mula menyusun strategi sebelum rombongan tiba.

Baginda tidak sanggup menyerahkan puteri kesayangannya dan dalam masa yang sama tidak mahu Kedah menjadi 'Padang jarak padang tekukur'.

Akhirnya, kerabat diraja sepakat untuk menjadikan Puteri Mariam sebagai galang ganti dalam peminangan tersebut.

Rahsia ini hanya diketahui keluarga diraja Kedah dan menjadi rahsia istana.

Kedatangan rombongan peminangan disambut dan diterima baginda Sultan. 

Maka, berlangsunglah perkahwinan di antara Putera Mahkota dan Puteri Mariam di istana Kedah sebelum dibawa ke Acheh.

Acheh Menyerang Kedah

Perkahwinan mereka kekal bahagia selama beberapa ketika sehinggalah terjadi satu insiden ketika berlangsung sebuah majlis istana di Acheh.

Puteri Mariam yang sedang mengapur sirih dan mengacip pinang tanpa diduga terkacip jarinya sendiri lalu berdarah.

Ternyata, darah yang mengalir keluar tidak berwarna putih seperti yang disebutkan sebelum ini.

Peristiwa ini menimbulkan kemarahan Raja Acheh, malah Tengku Panglima Sasa turut berasa marah dan tertipu.

Raja Acheh membuat keputusan untuk menyerang Kedah, namun tidak disertai oleh Putera Mahkota kerana mahu menjaga Puteri Mariam yang sedang hamil.

Dia juga sanggup menerima isterinya meskipun tidak berdarah putih seperti yang dikhabarkan.

Dalam keadaan kucar-kacir akibat serangan Acheh, Sultan Sulaiman Syah sempat menyembunyikan Puteri Zaleha di dalam sebuah lubang kerana tidak mahu anak kesayangannya itu dirampas kerajaan Acheh.

Hanya baginda dan isterinya yang tahu lokasi persembunyian berkenaan dan sebelum meninggalkan puterinya, baginda sempat berdoa supaya Puteri Zaleha dilindungi daripada pengetahuan orang lain.

Menurut beberapa riwayat, Baginda telah berpesan kepada bulan, "Wahai bulan, walau bagaimana terang sekalipun cahayamu menerangi malam, aku mohon supaya engkau tidak menyuluh sinarmu ke tempat persembunyian anakku."

Lagenda Puteri Lindungan Bulan

Kubur

Akhirnya, berlakulah perang antara Acheh dan Kedah. Malangnya, Kedah menghadapi kekalahan menyebabkan Sultan Sulaiman Syah dan isterinya ditangkap dan dibawa ke Acheh.

Dikatakan, beribu-ribu rakyat Kedah turut dibawa bersama sebagai tawanan.

Istana Kedah dimusnahkan dan baginda sultan mangkat semasa berada di Acheh, manakala Puteri Zaleha tidak dapat dikesan oleh tentera Acheh sepanjang berada ditempat persembunyiannya.

Disebabkan tiada siapa yang tahu lokasinya, puteri ini meninggal dunia kerana kehabisan bekalan makanan.

Makan, terjawablah persoalan mengapa Puteri Zaleha digelar sebagai Puteri Lindungan Bulan.

Sementara itu, Puteri Mariam turut mendapat gelaran tersendiri apabila dinamakan sebagai Puteri Bintang Kejora. Cuma, bagaimana nama itu diperolehi tidak dapat dipastikan.

Apa yang pasti, kewujudan makam diatas bukit kecil di Kampung Siputeh bukan hanya menarik kedatangan pengunjung, bahkan mampu menyebarkan kisah Puteri Lindungan Bulan sebagai lagenda yang pernah wujud di negeri Kedah.